KOTA BHARU: Polis Kelantan menerima dua laporan membabitkan kejadian khianat terhadap kain rentang dan bendera parti, dari 15 Julai hingga semalam, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata kejadian tersebut, dilaporkan berlaku di Tumpat dan Kuala Krai, selain turut mengesan empat lagi kejadian yang sama berlaku di Kota Bharu.
"Perbuatan khianat ini dilakukan dengan cara mencabut serta menjatuhkan bendera parti, serta merosakkan kain rentang tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhamad Zaki berkata polis memandang serius berkenaan kejadian itu dan mengerakkan hampir kesemua 'Team Cantas' Kontinjen dan juga pasukan lain di bawah Ketua Polis Daerah, untuk mengesan dan menangkap pihak yang dipercayai terlibat, sama ada secara langsung atau sebaliknya.
"Sehubungan itu, diingatkan kepada semua ketua parti, badan bukan kerajaan (NGO) atau pengerusi mana-mana pertubuhan khususnya di Kelantan, supaya sentiasa menjaga dan mengawasi ahli dan pengikut masing-masing, supaya tidak merosakkan keharmonian dan keamanan serta merencatkan proses pilihan raya pada kali ini.
"Pelaksanaan proses berkempen hendaklah dilakukan secara sihat, harmoni dan mematuhi peraturan, undang-undang serta garis panduan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
"Selain itu, tindakan tegas juga akan diambil polis Kelantan bagi mana-mana pihak yang cuba melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan sebarang isu berkaitan dengan raja, agama dan kaum (3R).
"Pihak polis memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial atau menyebarkan berita yang boleh mendatangkan pecah keamanan dan kegusaran pada masyarakat terutama menyentuh isu-isu 3R," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Muhamad Zaki berkata pihaknya kini sedang mengesan dan menangkap pihak yang dipercayai terlibat, sama ada secara langsung atau sebaliknya. - Foto fail/BERNAMA
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
PRN: Polis Kelantan terima dua laporan khianat kain rentang, bendera parti
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Tumpat dan Kuala Krai, selain turut mengesan empat lagi kejadian yang sama berlaku di Kota Bharu.